semalam...seperti biasa balik dari kerja...amik maisarah..lepas tu baru amik kakak insyirah. Tapi masa nak amik kakak...kakak tengah main kat luar taska dengan kawan2. So..aku terus pergi kedai dulu..beli lauk..kedai tu memang dekat je ngan taska kakak...situ memang tempat aku beli lauk-pauk..ikan2 semuanya segar2 belaka...
masa kat dalam kedai tu ramai ler makcik2 yang balik kerja duk sibuk2 nak beli ikan...aku dukung je maisarah..sebab tak bawa kasut dia...maisarah ni pun ringan je..hehehe
pastu tetiba je maisarah bersuara " JANGAN LA LANGGAR KAKI ADIK"....semua orang pandang dan gelak dengar maisarah cakap...rupa-rupanya ada sorang makcik tu terlanggar kaki maisarah dalam duk mencelah-celah nak beli lauk......ada makcik nurse tu cakap..."eee...pandainya dia cakap"...hehehe..aku gelak je...maisarah ni memang pandai cakap...bukan setakat cakap..nyanyi lagu agnes monica..pun pandai.... suka sangat maisarah dengan lagu matahari tu...
Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan